Little Things 86 : Keseronokan Kecil 2

June 25, 2013

Antara yang seronok,

21. Balik rumah, ma masak sup daging. *sup daging is my favorite and I know she cooked for me, especially.
22. Random ice-cream yang my siblings belanja tanpa minta.
23. Dedikasi IG photo.
24. Tengok passport sendiri dan berangan.
25. Tanda 'right' kat To-Do list.
26. Tengok orang bawa buku, baca buku.
27. Jiran rumah yang tak pernah tegur tapi senyum je dari jauh.
28. Awan datang melekat waktu baru balik kerja & tengah makan.
29. Dapat minum Cocoa Latte Chatime.
30. Budak-budak kecik datang office.
31. Tanya azmi :  " Dah baca dah blog post hari ni? ", "Dah".
32. Baca blog manusia yang suka tulis guna font size halus.
33. Bila buku doodle sudah penuh dan mula buku doodle baru.
34. Orang tak kenal repost ayat-ayat personal di Tumblr.
35. Tengok muka orang sebelah waktu tengok cerita scary.
36. Minum neskapi pagi-pagi. *ini adalah personal addiction, wuwu.
37. Dapat idea, tak kira merapu ke tak.
38. Bila ma kata : " Reen kalau mesej, suka type ayat2 belia ".
39. Super mini escapism, untuk aktiviti hujung minggu. *Kalau mini escapism adalah keseronokan besar :D Kalau escapism adalah ultimate keseronokan. Hewhew.
40. Orang beli sticker doodle.

Ini scheduled post dari cerita jam 3.30 pagi sebab baru bangun daripada tidur yang awal.
Ada sedikit pening2 unggas.

Previous post : Keseronokan Kecil
4 comments on "Little Things 86 : Keseronokan Kecil 2"
  1. Ok, tetibe rasa cam nak buat post guna point nombor2 camni la.. terasa cool disitu ye. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kan.
      Buat, buat, buat post guna nombor2 begini :D

      Delete
  2. Bagi dia, kalau type penuh2 tanpa shortform dlm msg itu,
    dia panggil ayat belia.

    Ma : "Jumpa tak barang yg ma suh beli td? "
    Saya : "Oh, tiada pula".
    Ma : "Ok, balik cepat".
    Saya : "Baiklah ma".

    Begitu.
    Entah apa yang belia kan.

    ReplyDelete