Ngomelan Versi Bahasa Pasar Selasa


Ini ngomelan akibat ketidakpuasan hati terhadap masyarakat yang suka menyimbah complaints merata-rata than tengok cermin muka sendiri tapi tidak buat apa-apa. Baca jika berminat, maaf jika terasa, maaf kerana guna bahasa pasar Selasa. Topik : PTPTN, Rumah & Kerja.



A. PTPTN
 
Untuk adik-adik, baca untuk ingatan masa depan.
Untuk rakan sebaya, sila mula bayar, patut dah bayar mula beberapa tahun lepas.
Untuk kakak-abang, phew..
 
1. Pinjam PTPTN, kemudian tidak bayar. Tunggu kena 'black list' atau dapat surat saman baru ngomel2 terpaksa bayar.
2. Sebab dah lama sangat tak bayar, ngomel interest tinggi. Semua orang tahu, buat loan, ada interest. Tanak interest, jangan minta loan, kan dah tanda tangan agreement waktu awal-awal dulu?
2-1. Ada Ujrah untuk PTPTN, kurangkan interest kepada 1%, boleh apply. Dah apply? Belum. Kenapa? Leceh. Kemudian sambung complain interest tinggi. 
3. Nak 'free education' tapi masuk IPTS, dulu belajar main-main.
4. Complain negara lain mampu bagi free education. IPTA jauh lagi murah dari IPTS, jadi kenapa masuk IPTS ? Tanya diri sendiri part tu, baru sambung complain. Kalau nak free education, consider belajar betul-betul dan minta scholarship. Hard work deserves it more than yang memain kan.
 
Kalau nak free education, sila belajar sampai layak minta scholarship dari awal-awal. Kalau malas belajar, bayar kemalasan ikut taraf masing-masing. Complain maknanya memalukan diri sendiri. Dah malas, nak free ? Lepas tu salahkan orang lain : lecturer, kerajaan, parents, etc.
 
Jangan tipu kata gaji tak cukup nak bayar.
Prioritize.
Kalau boleh pergi tengok wayang, makan kat Subway, beli kasut baru, travel, beli kereta, jangan tipu kata tak cukup gaji nak bayar duit dah pinjam tu. Hish, apa ni.
 
*
 
B. Rumah
 
1. Nak beli rumah, harga mahal melampau. Ya, diakui memang mahal, tapi kalau kaji sistem kenaikan harga, memang boleh agak dah kan. Itu lumrah dunia.
2. Ada PR1MA, Skim Rumah Pertamaku (SRP), dan paling tipikal loan. Boleh try apply. Jangan tipu kata tak mampu, gaji sikit, I bought the apartment 2 years ago, guna SRP, gaji tak sampai 2k pun, boleh siap bayar loan PTPTN dan bagi ma duit monthly. Prioritize. Siapa beli kereta dulu, sepatutnya think twice. Better rumah dari kereta, selagi kuat, naiklah public transport, tak salah pun bersesak sikit, tak selesa sikit, kan. Tak payah pun pergi tengok wayang atau minum di kafe2, save duit.
3. It's always better to start early. Beli yang mana mampu, kalau tak dapat rumah atas tanah, beli saja apartment kecil, tak mampu tu, beli saja flat dulu. Level by level.
4. Don't complain, find other ways.
 
*
 
C. Kerjaan
 
1.  Baru habis belajar, nak demand tinggi. Unless ada portfolio yang impressive, just accept any offer. Cari experience, learn and don't complain. It takes time to build a good portfolio.
2. Lepas beberapa tahun, masih complain gaji tak tinggi. Think twice. Did you improved? Ada belajar skill baru? Share knowledge yang bagus dan improve company? Tiada. Then faham kalau gaji lebih kurang saja.
3. Duit still tak cukup, buat freelance. Boleh tambah income, boleh add into portfolio. Terpaksa kurang masa banyak sikit, tidak mengapa, sacrifice.
4. Don't complain, improve yourself. Learn new language, new skills, bagi something in return supaya you are worth the pay.
5. Don't settle, always find better offers. Tapi make sure you deserve it.
 
*
 
You can't blame anyone except yourself. Sebab the only one yang boleh push yourself, is you. You can try to turn the table around and look at things differently, all depending on you. So stop blaming your boss or company or college or government or anything. Change your own course of life than following the society, and put yourself out of your comfort zone.
 
I wish I tell this every time people complain to me about these issues, but I don't. Just because it's exhausted to tell the obvious, so I rather patiently listen. Like my mom always said; that I'm always harsh and sarcastic - but duh, let's be realistic. It's life, and it's tough, normal. Complain tapi tak buat apa-apa macam kelaka. =.=
 

7 comments on "Ngomelan Versi Bahasa Pasar Selasa"
  1. I guess this is my first time reading this blog with Malay language. Hahaha. Sangat-sangat betul apa yang akak cakap tu, saya sokong setuju serius 110 peratus :D

    ReplyDelete
  2. salam,

    agree with you. especially part Kerjaan :) thanks.

    Pasal rumah, thanks because sharing it. Since I'm still live with parents now....you sharing a really good information.

    Have a nice day :)

    ReplyDelete