.


Semalam balik dari office.
Dah terlupa kenapa balik lambat.
Mungkin sebab hari hujan, lebat.

Berdiri tepi jalan, buka payung.
Lari-lari anak. 
Hujan lebat.
Lampu tepi jalan tak buka, gelap gelita dunia.
Okay. 

Angin kuat, 
okay boleh redah.
Tolonglah payung ungu, kuat sikit untuk hari ni.
Hari ni ja, tak lama dah. 

Ranting pokok besar jatuh tengah-tengah jalan, 
nasib baik tak atas payung kan.
Okay, 
terima kasih.
Baru nak tolong tarik ke tepi, bagi kereta lalu.
Tapi kereta Alphard super besar redah perlahan-lahan.
Boleh dengar ranting kayu tengah patah.
Jahatnya kamu, bunyi ranting patah macam kejam sikit.
Okay tanak tolong dah,
selesaikan sendiri.

Hampir sampai, 
dah boleh nampak stesyen di depan tu.
Kereta lalu laju di sebelah, splash air tepi jalan.
Macam terjun dalam kolam.
Kaku sebentar.
Okay, okay, okay.
Basah kuyup sebelah badan.
Ha. Ha. Ha.

Kalau marah jangan la hantar hujan begini lagi.
Suka uji begini ya.
Oukay.
.



2 comments on "."
  1. Okay.. Okay... Okay... <-- Ayat Redho, Pasrah & seangkatan dgnnya. Okay.paham. :)

    ReplyDelete